KPKT serbu premis kredit komuniti di Shah Alam, Bangi

KPKT serbu premis kredit komuniti di Shah Alam, Bangi

ANGGOTA Cawangan Siasatan dan Pemantauan Bahagian Kawalan Kredit Komuniti KPKT memeriksa dokumen-dokumen sebuah premis kredit komuniti dalam serbuan di Bandar Baru Bangi, Selangor. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Cawangan Siasatan dan Pemantauan Bahagian Kawalan Kredit Komuniti Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjalankan serbuan mengejut ke atas premis pemberi pinjam wang berlesen atau dikenali sebagai kredit komuniti di sekitar Shah Alam dan Bangi hari ini.

Penguasa Polis Cawangan Siasatan dan Pemantauan Bahagian Kawalan Kredit Komuniti KPKT Zon Tengah, Superintendan Wong Yuen Chuan berkata, serbuan yang dijalankan kira-kira pukul 10.30 pagi itu dibuat hasil maklumat awam yang diterima mengenai premis-premis berkenaan.

“Untuk makluman, hasil daripada pemeriksaan tersebut kita telah merampas beberapa dokumen berkaitan untuk siasatan lanjut dijalankan.

“Kita bertindak atas aduan yang diberikan oleh orang awam untuk buat pemeriksaan. Kita ada terima membabitkan kadar faedah pinjaman yang tinggi dan tidak mengikut apa yang ditetapkan dalam Akta Pemberi Pinjam Wang 1951,” katanya kepada pemberita selepas menjalankan pemeriksaan di sebuah premis kredit komuniti di Bandar Baru Bangi dekat sini, hari ini.

Ditanya mengenai kesalahan lain yang dikenal pasti menerusi serbuan yang dijalankan, Yuen Chuan berkata, berdasarkan semakan awal, pihaknya mendapati terdapat beberapa prosedur yang tidak dipatuhi syarikat selain maklumat peminjam yang dicatatkan tidak lengkap.

Bagaimanapun katanya, siasatan lanjut akan dijalankan serta merakam keterangan pihak berkaitan untuk mendapatkan butiran yang lebih terperinci.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 3,358 syarikat kredit komuniti berdaftar di Semenanjung yang dipantau di bawah KPKT, sementara premis di Sabah dan Sarawak dikawal selia oleh kerajaan negeri masing-masing.

Sebuah akhbar pada 10 Januari lalu melaporkan, Cawangan Siasatan dan Pemantauan Bahagian Kawalan Kredit Komuniti KPKT mengakui wujud syarikat Kredit Komuniti melakukan kesalahan, mengenakan kadar faedah tinggi, selain salinan perjanjian tidak dibekalkan kepada peminjam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya