KPJ Perlis bakal tambah doktor pakar - Utusan Malaysia

KPJ Perlis bakal tambah doktor pakar

GAN Ay Ling (tengah) menerima cenderahati dari Hari Ram Ramayya (kiri) pada majlis CSR KPJ Perlis sempena Tahun Baharu Cina di KPJ Perlis, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Hospital Pakar KPJ Perlis bakal menambah beberapa lagi doktor pakar membabitkan pakar radiologi, kanak-kanak, bedah am dan mata dalam tempoh terdekat.

Selain itu, hospital swasta pertama di Perlis itu juga bakal menambah 24 katil menjadikan keseluruhan 60 katil menjelang pertengahan tahun ini bagi menampung keperluan pesakit di hospital berkenaan.

Pengarah Perubatan KPJ Perlis, Dr. Hari Ram Ramayya memberitahu, selain itu, antara perancangan hospital berkenaan adalah membuka pusat dialisis dalam tempoh terdekat.

“Kita akan terus berusaha bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada para pesakit. Dalam tempoh terdekat ini, kita akan menambah pakar radiologi, kanak-kanak, pakar bedah am, dan pakar mata,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena Tahun Baharu Cina di hospital berkenaan di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling.

Pada majlis berkenaan turut diadakan persembahan tarian singa dan penyampaian sumbangan CSR kepada 20 orang penerima kaum Cina terdiri daripada keluarga kurang berkemampuan di sekitar kawasan ini.

Sebagai rekod, KPJ Perlis yang beroperasi sejak 2018 mempunyai pakar perubatan dalaman, bedah tulang, bedah am, perbidanan dan sakit puan, kanak-kanak, pakar telinga, hidung dan tekak dan pakar radiologi.

Tambah Hari Ram, program itu merupakan aktiviti tahunan setiap kali sambutan hari raya membabitkan semua kaum.

“Ia sekali gus mengeratkat hubungan silatulrahim antara pihak hospital dan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Ay Ling berkata, pihaknya menyambut baik program CSR yang dilaksanakan KPJ Perlis dalam meraikan kepelbagaian kaum di negeri ini.

“Kita juga sarankan lebih ramai pihak-pihak swasta mengadakan lebih banyak program CSR seperti ini,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya