PETALING JAYA: Kos pakej haji swasta dijangka meningkat kira-kira 20 peratus tahun ini ekoran kenaikan caj perkhidmatan, pengangkutan dan penginapan. Pakej haji swasta itu dikatakan bakal naik antara RM7,000 ke RM10,000 disebabkan peningkatan kos tersebut di Mekah dan Madinah. Malah, pada Oktober lalu, Tabung Haji telah menjangka kos terus meningkat sekitar RM31,000 seorang pada tahun ini, setelah kos haji muasassah meningkat daripada RM25,540 kepada RM28,632 tahun lalu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Datuk Md. Daud Che Ngah menjelaskan, peningkatan kos tidak dapat dielakkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya