Khairy dipelawa sertai Gerakan

Khairy dipelawa sertai Gerakan

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Komponen Perikanan Nasional (PN), Parti Gerakan mempelawa bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyertai partinya selepas beliau dipecat  daripada UMNO.

Pemangku Ketua Pemudanya, Wong Chia Zhen berkata, Khairy seorang ahli politik yang berkaliber dan berjaya memberi tekanan kepada lawannya ketika bertanding mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Justeru, katanya, apa yang menimpa Khairy tidak sepatutnya berlaku kerana beliau membuktikan antara menteri paling menyerlah semasa era pandemik Covid-19.

“Kami mengalu-alukan kedatangan beliau sebagai ahli Gerakan. Walaupun beliau pernah memainkan isu perkauman, kononnya pengundi Melayu di Pulau Pinang tidak diberi perhatian yang cukup semasa masih lagi dalam Pemuda, kami sanggup memaafkannya.

“Kita semua manusia, manusia mesti pernah buat salah. Kami mengalu-alukan keahlian Khairy ke dalam Gerakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, sambil menyifatkan keputusan diambil Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO ke atas Khairy sebagai tidak wajar.

Katanya, ideologi Gerakan berteraskan keserdahanaan dan dengan kredibiliti yang ada pada Khairy, parti itu yakin dapat memberi nafas baharu kepadanya.

Terdahulu, Khairy dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat daripada UMNO berikutan pelanggaran disiplin sewaktu PRU15.

Selain itu, beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun termasuk Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol Datuk Salim Mohd Sharif dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya