Kesesakan di ICQS Rantau Panjang terkawal

Kesesakan di ICQS Rantau Panjang terkawal

SAIFUDDIN Nasution Ismail beramah mesra dengan pegawai di bawah agensi KDN selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2023 di KDN, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kesesakan yang berlaku di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Rantau Panjang, Kelantan terutama pada hujung minggu masih terkawal kerana ia bersifat bermusim.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya mendapati aliran dan mobiliti yang berlaku di ICQS itu membabitkan aktiviti ekonomi, pelancongan domestik dan hubungan kekeluarga yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.

“Situasi di sana bagaimanapun tidak seteruk kesesakan di Kompleks CIQ Johor membabitkan pergerakan ratusan ribu warga Johor untuk bekerja di Singapura setiap hari,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Katanya, bagi melancarkan perjalanan keluar masuk di ICQS itu, semua agensi kawalan sempadan sudah diarahkan bersiap siaga sepanjang masa.

Difahamkan, kesesakan yang berlaku di ICQS Rantau Panjang semakin ketara terutama pada hujung minggu apabila ramai rakyat tempatan mengambil kesempatan melancong di negara itu.

Keadaan itu menyebabkan urusan di ICQS itu mengambil masa lebih sejam untuk diselesaikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya