Kesedaran meningkat , Ops khas motosikal kesan 1,251 kesalahan

Kesedaran meningkat , Ops khas motosikal kesan 1,251 kesalahan

MOHD Zaki Ismail (empat kanan) memberikan teguran dan nasihat kepada penunggang motosikal pada Operasi Penguat kuasaan Khas Motorsikal di Plaza Tol Sungai Besi. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,251 kesalahan dikesan dilakukan penunggang motosikal di sekitar ibu negara sepanjang empat hari penguat kuasaan Op Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina, tahun ini.

Dalam tempoh sama, seba­nyak 638 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui operasi khas tersebut.

Jumlah tersebut menunjukkan penurunan ketara berban­ding tahun lalu iaitu 1,130 notis.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Zaki Ismail berkata, antara ke­salahan dikesan melibatkan le­sen kenderaan motorsikal (LKM) tamat tempoh iaitu 251 kes diikuti tiada lesen memandu (236) kes.

Katanya, lain-lain kesalahan direkodkan sebanyak 638 kes antaranya tidak memakai topi keledar selain kesalahan teknikal (126) seperti pengubah­suaian motosikal.

“Jumlah kesalahan direkodkan menunjukkan penurunan ketara berbanding operasi sama, tahun lalu iaitu 2,433 kes dica­tatkan.

“Ini membuktikan penunggang motosikal memiliki ke­sedaran tinggi untuk mematuhi peraturan jalan raya. Setakat ini, dapat dilihat rata-rata pengguna jalan raya patuh kepada peraturan JPJ, iaitu kesalahan tidak memakai topi keledar, tali pinggang keledar serta tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu sangat sedikit dalam tempoh ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Op Khas Motosikal di Plaza Tol Su­ngai Besi di sini, semalam.

Dalam pada itu, Mohd. Zaki berkata, sebanyak 638 notis dikeluarkan dalam tempoh empat hari penguat kuasaan operasi tersebut.

Ujar beliau, dalam operasi semalam, sebanyak 176 saman membabitkan kesalahan berkaitan LKM iaitu sebanyak 100 notis, tiada lesen (40), nombor pendaftaran (29), tiada cermin sisi (2) dan lain-lain (5 kes).

Tambahnya Jabatan Imigre­sen turut menjalankan pemeriksaan terhadap seramai 17 warga asing dan menahan seorang lelaki warga Pakistan kerana dokumen perjalanan diri tamat tempoh selain seorang lagi penunggang motosikal ditahan akibat positif dadah.

“Operasi kali ini memberi fokus kepada semua jenis ke­salahan berkaitan lesen,” kata­nya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya