Kes bekas duta Vietnam di KL tiada kaitan Malaysia

Kes bekas duta Vietnam di KL tiada kaitan Malaysia

SUASANA di luar Kedutaan Besar Vietnam ke Malaysia di Persiaran Stonor, Kuala Lumpur. - FOTO MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kes penyelewengan kontroversi melibatkan bekas Duta Besar Vietnam ke Malaysia, Tran Viet Thai sebenarnya tiada kaitan pun dengan isu hal ehwal negara ini.

Perkara itu ditegaskan pakar geostrategis global terkenal tempatan, Dr. Azmi Hassan sebagai mengulas laporan agensi berita rasmi Vietnam (VNA) berhubung isu tersebut.

“Bagi saya, kes rasuah mantan duta itu memang tiada apa-apa hubung kait skandal korupsi pakej Covid-19 di Malaysia yang juga tular ketika ini,” katanya ketika dihubungi.

VNA minggu lalu melaporkan Thai dicekup oleh pihak polis susulan tindakan Parti Komunis negara itu menyiasat kecuaian Menteri Luarnya, Bui Thanh Son akhir bulan lepas.

Ia melibatkan penyelewengan dana program 400 penerbangan penghantaran pulang warga Vietnam dari seluruh dunia ketika kemunculan awal wabak Covid-19 pada 2020.

Skandal itu turut membabitkan bekas Timbalan Menteri Luarnya, To Anh Dung selain penahanan 40 individu berprofil tinggi dari pelbagai kementerian yang berbeza di Vietnam.

Kementerian Keselamatan Awam negara itu mendedahkan, kes tersebut menyebabkan Vietnam menanggung kerugian teruk berbilion-bilion dong (hampir setengah juta ringgit).

Mengulas lanjut, Azmi berkata, kes di Vietnam secara kasar tampak seperti apa berlaku di Malaysia yang ‘panas’ ketika ini apabila seorang broker dicekup di ibu negara minggu lalu.

“Sekali pandang nampak macam serupa sebab di Malaysia ia melibatkan korupsi Pakej Rangsangan Ekonomi era Covid-19, tetapi jika diteliti tidak sama pun di Vietnam,” katanya.

Dalam nada yakin, beliau menegaskan kes di negara itu hanya berlegar sekitar pegawai kanan Kementerian Luar dan kebetulan ada pula bekas duta pernah bertugas di Malaysia.

Sedangkan ujar beliau, sekiranya dibaca laporan VNA itu lagi, kes rasuah tersebut turut meliputi banyak diplomat kedutaan Vietnam di seluruh dunia termasuk Rusia dan Angola.

Justeru, Azmi merumuskan bahawa skandal korupsi Thai itu tiada hubungan langsung dengan kes di Malaysia meskipun membabitkan ‘tema’ penyelewengan yang agak serupa.

Bahkan setakat ini tambahnya, Wisma Putra tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyifatkan isu berkenaan hanya sebagai permasalahan dalaman Vietnam sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya