Kerjasama USIM - UMS fokus pengajian Islam

Kerjasama USIM – UMS fokus pengajian Islam

KASIM mengadakan perbincangan bersama delegasi USIM yang diketuai Sharifudin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universti Sains Islam Malaysia (USIM) berhasrat bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam menumpukan usaha membangunkan pengajian tinggi berfokuskan pengajian Islam.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, kedua-dua universiti tersebut perlu bekerjasama agar dapat menghasilkan graduan dan modal insan yang mempunyai kombinasi Islam dan budaya.

Menurut beliau, untuk merealisasikan cadangan tersebut, Fakulti Pengajian Islam UMS akan bekerjasama dengan USIM dalam memperkasakan graduan kelahiran fakulti tersebut.

“Dewasa ini penerapan nilai-nilai Islam dalam bidang akademik telah semakin diterima oleh masyarakat global sebagai penyelesai kepada pelbagai masalah masyarakat,” kata beliau ketika menerima kunjungan hormat rombongan USIM, di Pejabar Naib Canselor UMS di Kota Kinabalu baru-baru ini.

SHARIFUDIN menandatangani buku pelawat di Pejabat Naib Canselor UMS

Sementara itu, Naib Canselor USIM, Prof. Ts. Dr Sharifudin Md Shaarani berkata, USIM berhasrat menjadi universiti yang dikenali sebagai Friend of Borneo dalam kalangan masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Ini kerana beliau berkata, terdapat beberapa kepakaran yang USIM miliki boleh ditawarkan kepada masyarakat di Sabah menerusi kerjasama dengan UMS.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan USIM berhasrat untuk menerapkan bagaimana elemen-elemen nilai dalamIslam itu boleh mengangkat konsep pelancongan selamat

Kata beliau, universiti tersebut mengaplikasikan pendekatan seimbang antara aspek jasmani dan rohani rohani.

Tambah beliau, USIM menerapkan pendekatan holistik ke arah penyampaian ilmu, yang mengintegrasikan ilmu wahyu (naqli) dan ilmu dituntut (aqli).

“kerjasama ini juga bakal membolehkan lebih ramai anak-anak dari Sabah dapat mengambil kursus-kursus berfokuskan jurusan Islam di Sabah tanpa perlu ke Semenanjung Malaysia atau luar negara,” katanya.- utusan

KASIM (empat kiri) menyampaikan cendera hati kepada Sharifudin yang mengetuai delegasi
USIM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya