Kerjasama rasmi PH-BN Selangor diumum akhir Januari - Utusan Malaysia

Kerjasama rasmi PH-BN Selangor diumum akhir Januari

PH BN
AMIRUDIN Shari meletakkan tangan pada bebola kaca sebagai gimik pelancaran Majlis Amanat Tahun Baru 2023 Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Rangka kerja kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) Selangor akan diumumkan selewatnya akhir bulan ini sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan pada tahun ini.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sudah ada perbincangan dengan pimpinan antara kedua-dua parti, namun pertemuan rasmi bagi menentukan hala tuju dan kata putus masih belum dilaksanakan.

“Secara informal (tidak rasmi), saya ada bertemu dengan beberapa pemimpin BN Selangor di beberapa majlis (namun tiada perbincangan rasmi berhubung perkara ini dibuat).

“Sebelum perjumpaan (perjumpaan dengan kepimpinan BN Selangor) dibuat, kedua-dua pihak perlu buat kertas kerja (iaitu dari sudut perkara apa yang PH dan BN Selangor nak kerjasama),” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Amanat Tahun Baru 2023, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menambah, PKR Selangor mempunyai matlamat untuk menentukan hala tuju kerjasama dengan BN dan berhasrat persefahaman antara kedua-dua parti bagi memberi tumpuan kepada PRN.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan PH Selangor akan duduk semeja dengan BN Selangor bagi membincangkan bentuk kerjasama yang boleh mereka sepakati bagi menghadapi PRN, yang perlu diadakan sebelum akhir tahun ini.

Ini bagi memastikan kesinambungan kerjasama di antara dua gabungan politik tersebut di peringkat negeri, sebagaimana kerjasama yang telah dibuat di peringkat Kerajaan Persekutuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya