Kerjasama agensi Persekutuan dan negeri dapat dilestarikan - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Kerjasama agensi Persekutuan dan negeri dapat dilestarikan – Raja Muda Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kanan) berkenan menyampaikan sumbangan zakat MAIPs kepada asnaf terpilih di Masjid Al-Masyhor, Kampung Padang Siding, Arau, Perlis, hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap agar kerjasama erat antara pelbagai agensi Persekutuan dan negeri dapat dilestarikan secara berterusan pada masa akan datang.

Titah baginda, kerjasama tersebut adalah bertujuan membolehkan kedua-dua pihak menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Selain itu, langkah ini juga dapat menjayakan segala hasrat dan matlamat dalam membangunkan ummah di negeri dan di rantau ini,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyerahkan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Perlis (MAIPs) kepada 140 orang asnaf terpilih di Masjid Al-Masyhor, Kampung Padang Siding, di sini hari ini.

Penerima sumbangan zakat itu terdiri daripada kalangan anak kariah Kampung Padang Siding dan Kampung Banggol Sena di mana setiap seorang mendapat bantuan wang tunai berjumlah RM700 membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM98,000.

Terdahulu, setiap penerima sumbangan itu turut menjalani pemeriksaan kesihatan melalui aktiviti dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri bersempena program Perlis Hebat! Rakyat Hidup Sihat dan Bersih anjuran MAIPs.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, MAIPs sentiasa komited dalam memperkasakan lagi kesedaran tentang kepentingan wakaf demi manfaat kepada seluruh masyarakat di negeri ini.

“Sebagai Pemegang Amanah Tunggal harta wakaf, nazr dan amanah di negeri Perlis, selaras dengan Seksyen 89 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis (2006), MAIPs sentiasa memperkasakan pembangunan wakaf demi manfaat seluruh masyarakat,” titah baginda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya