Kereta rosak dihempap bahan binaan

Kereta rosak dihempap bahan binaan

KEPINGAN konkrit yang menghentikan sebuah kereta di Jalan Ampang pagi tadi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kereta rosak selepas dihempap bahan binaan yang terjatuh dari tingkat 56 bangunan dalam pembinaan di Jalan Ampang dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kejadian itu berlaku 8.45 pagi tadi.

“Satu keping ‘staging‘ dari tingkat 56 bangunan 80 tingkat dalam pembinaan jatuh di lokasi kejadian.

“Objek berkenaan jatuh di atas kereta Toyota Vios yang diletakkan di hadapan kedai serbaneka di Jalan Ampang, di sini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, ketika kejadian, pemilik kereta berkenaan iaitu seorang lelaki berada di dalam kedai serbaneka terbabit.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya