KOTA KINABALU: Dakwaan akan berlaku perubahan kerajaan di peringkat negeri seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun semalam dijangka akan berlaku.
Khabar angin itu bertambah kencang apabila Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal akan mengadakan satu sidang media khas di sebuah hotel terkemuka hari ini.
Kehadiran Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan turut dilihat berada di pekarangan lokasi sidang media diadakan.
Setakat ini, 11 ADUN Warisan dilihat berada di pekarangan hotel berkenaan iaitu Datuk Darell Leiking (Moyog), Datuk Junz Wong (Tanjung Aru), Datuk Awang Ahmad Sah Sahari (Petagas), Ben Chong (Tanjung Kapor), Azhar Matussin (Darau), Dr Daud Yusof (Bongawan), Sarifuddin Hata (Merotai), George Hiew (Karamunting), Assafal P.Alian (Tungku) dan Jamil Hamzah (Bugaya).
Pada masa ini, Warisan adalah parti tunggal yang memiliki kerusi terbesar di Sabah iaitu 19 kerusi DUN.
Namun, blok kerajaan masih kukuh dengan memiliki 53 daripada 79 kerusi DUN termasuk enam ADUN Dilantik. –UTUSAN