Keputusan subsidi bersasar diumum masa terdekat

Keputusan subsidi bersasar diumum masa terdekat

MOHAMAD Sabu melancarkan produk terbaharu Ayam Bismi iaitu Ayam Goreng Rangup ketika melakukan lawatan kerja ke Syarikat Ayam Bismi di Simpang Empat Kangkong, Alor Setar. -UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kajian meneruskan atau menghentikan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan ayam penelur kini berada pada peringkat akhir untuk dimuktamadkan sebelum pengumuman berkaitan dibuat dalam masa terdekat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, perkara itu sedang dibincang di peringkat beberapa kementerian antaranya Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta beberapa kementerian lain. 

“Subsidi ini sudah lama berjalan dan ada permintaan supaya dikaji agar ianya pergi kepada subsidi bersasar. Kini di peringkat kajian akhir, InsyaAllah akan diumumkan pada masa terdekat. Nantilah keputusan itu,” katanya ketika ditemui selepas melawat Pusat Jualan Ayam Bismi di Simpang Empat Kangkong di sini.

Mohamad mengulas perkembangan terbaharu cadangan kementerian tersebut untuk melaksanakan pemberian subsidi bersasar kepada golongan tertentu terutama B40.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengarah semua jabatan merangka dan membangunkan langkah yang sesuai untuk melaksanakan subsidi bersasar dengan mengambil kira kepentingan pengguna dan industri.

Tambah Mohamad, kementerian akan memastikan golongan berkenaan terutama yang terjejas akibat peningkatan kos sara hidup itu dibantu melalui pemberian subsidi bersasar tersebut.

“InsyaAllah kali ini sampai (bantuan subsidi) kalau ada aduan itu pegawai kita akan bertindak segera,” katanya.

Pemberian subsidi untuk penternak ayam dilaksanakan awal tahun lalu oleh kerajaan terdahulu sebagai intervensi sementara dalam menangani kos pengeluaran yang meningkat dan harga ayam yang stabil kepada pengguna. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya