Kepemimpinan Anwar diuji, siasat dakwaan ‘sedekah’ pengundi

Kepemimpinan Anwar diuji, laksana siasatan bebas dakwaan ‘sedekah’ pengundi

NORLIZA ABDUL RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kewibawaan pihak berkuasa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini diuji untuk memastikan agar siasatan bebas dapat dilakukan terhadap dakwaan sogokan ‘sedekah’ seperti mana pengakuan kepemimpinan Pas.

Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, rakyat sedang menilai sejauh mana reformasi demokrasi bawah pimpinan Anwar dapat ditunaikan bagi membanteras rasuah, korupsi dan salah guna kuasa yang dilaung-laungkan selama ini. 

“Bagaimana kerajaan dapat memastikan badan berwajib bebas melakukan siasatan dan pendakwaan setelah berpuas hati dengan siasatan tersebut. Bagaimana pula pendakwa raya bertindak setelah laporan siasatan diserahkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa, pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika PRU15 adalah sedekah.

Ahli Parlimen Marang itu mengulas perkara itu sebagai reaksinya terhadap tindakan UMNO Terengganu memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan PRU15 di tiga kerusi Parlimen iaitu Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman yang dimenangi calon Pas.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sudah membuka kertas siasatan berhubung pemberian wang tunai ketika kempen pilihan raya seperti dilihat dalam satu video yang berlaku di Terengganu.

Dalam pada itu, Norliza memberitahu, amat mengejutkan apabila Presiden Pas membuat kenyataan terbuka bahawa ‘sedekah’ sewaktu pilihan raya bukan satu kesalahan manakala Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin pula mengatakan apa pun pemberian bergantung kepada niat seolah-olah mengiyakan kenyataan Abdul Hadi.

Tambahnya, perlakuan ‘sedekah’ kepada pengundi muda yang dijerat seawal penghantaran menerusi beratus atau ribuan bas membawa mereka pulang mengundi kemudian diikat dengan akad sumpah satu pelakuan mengajar mereka kepada suatu perbuatan tidak bermoral dan cenderung kepada jenayah yang tidak boleh dimaafkan.

“Kerajaan Malaysia Madani wajib bertegas dalam membanteras pihak-pihak tidak bertanggung jawab mendoktrin ‘sedekah’ ke dalam pemikiran anak-anak muda ini. Perlu diingat, anak muda pewaris masa hadapan negara. Rosak pemikiran anak muda akan rosaklah masa hadapan negara kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya