Kenderaan masuk Perlis meningkat 70 peratus menjelang Tahun Baharu Cina - Utusan Malaysia

Kenderaan masuk Perlis meningkat 70 peratus menjelang Tahun Baharu Cina

SURINA Saad menerangkan mengenai keselamatan jalan raya kepada salah seorang murid pada majlis pelancaran Op Selamat 19 Tahun Baharu Cina dan Karnival Usahawan Seri Tunjong 2023 di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tunjong, Padang Besar, Perlis hari ini.- UTUSAN/SYED AZLAN SAYID HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Kenderaan memasuki Perlis dijangka meningkat mendadak sehingga 70 peratus menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina hujung minggu ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, dianggarkan 7,000 hingga 8,000 kenderaan berada di Perlis berbanding antara 3,000 hingga 3,500 pada hari kebiasaan.

“Peningkatan jumlah kenderaan itu disebabkan faktor penduduk pulang ke kampung, pelancong bercuti selain Perlis menjadi laluan atau transit untuk berkunjung ke Thailand.

“Kita jangkakan berlaku kesesakan di lokasi tumpuan pelancong seperti di Bulatan Padang Besar dan Kuala Perlis dan polis akan melakukan penyuraian kesesakan di kawasan itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Op Selamat 19 Tahun Baharu Cina
peringkat kontijen negeri ini di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tunjong di sini hari ini.

Op Selamat 19 Tahun Baharu Cina bermula hari ini hingga 27 Januari depan.

Tambah Surina, terdapat enam lokasi ‘hotspot’ kemalangan iaitu di Jalan Changlun – Kuala Perlis, Jalan Kangar – Arau, Jalan Kangar – Padang Besar, Jalan Kuala Perlis – Kuala Sungai Baru, Jalan Chuping – Pauh dan Jalan Kangar – Alor Setar.

“Dalam Op Selamat ini, kita mengerahkan 100 peratus kekuatan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti bagi memantau dan mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Polis juga akan melakukan rondaan di kawasan ‘hotspot’ dan kita menasihatkan orang ramai rancang perjalanan dengan baik,elakkan waktu puncak, sentiasa bersabar, bertolak ansur dan mematuhi undang-undang jalan raya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya