Kementerian Pertahanan utamakan program pemulihan perumahan tentera - Utusan Malaysia

Kementerian Pertahanan utamakan program pemulihan perumahan tentera

MOHAMAD Hasan (tengah) dalam sidang akhbar semasa lawatan kerja di Pangkalan TLDM Lumut semalam. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Kementerian Pertahanan akan memberi keutamaan terhadap program pemulihan perumahan anggota tentera.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu terkandung dalam Kertas Putih atau pelan pembangunan perumahan anggota tentera kementerian itu bagi meningkatkan moral anggota tentera.

“Dalam program rumah kakitangan angkatan tentera, kita punya Kertas Putih Kementerian Pertahanan, kita memang ada, kita sebutkan, ada kita catitkan program pemulihan rumah kakitangan tentera yang merupakan keutamaan. Saya telah minta di Mindef (Kementerian Pertahanan) perkara itu dijadikan keutamaan dan sekarang ia adalah hal ehwal kesejahteraan anggota.

“Head to toes punya isu, ini penting kerana moral kita di situ, anggota kita, jika rumah dia okey dan lain-lain kelengkapan itu okey.

“Selepas itu barulah kita lihat kepada persenjataan pula kerana kita tak mampu nak berbelanja begitu besar untuk angkatan tentera sahaja,” katanya dalam sidang akhbar semasa lawatan kerja di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini semalam.

Mengenai perumahan untuk anggota TLDM di Pangkalan di sini, Mohamad berkata, sebanyak 13 blok sudah siap di kompleks tersebut.

“Kompleks TDLM Lumut ini besar, warganya ada 25,000 orang dengan keluarga dan kakitangan awam sekali.

“Ada 39 blok semuanya dan yang sudah siap ada 13 blok. Yang lain perlu dipertingkatkan, kita buat pemulihan secara berperingkat, jika boleh kita buat dua blok setiap tahun,” katanya.

Sementara itu, mengenai pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) di pangkalan itu yang sebelum ini tertangguh dan kini diteruskan semula, Mohamad berkata, kerajaan tidak berkompromi dalam soal keselamatan negara.

“Kalau ada orang kata mengapa dalam keadaan ekonomi negara ketika ini kita masih nak meneruskan LCS ini?

“Saya nak jawab, isu kedaulatan negara, pertahanan negara, anda tidak boleh berkompromi, kalau kita kompromi ‘then we are finish‘.

“Boleh cakap apa sahaja yang mereka suka, tetapi Kementerian Pertahanan sangat fokus untuk pastikan projek LCS ini akan diteruskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya