KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua parti malam ini bagi menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di Sabah.
Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memaklumkan, Perdana Menteri akan berjumpa dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), BN dan Warisan.
Menurut beliau, Anwar akan tiba di Sabah kira-kira pukul 8 malam ini selepas selesai lawatan kerja di Jakarta, Indonesia.
Bung Moktar berkata, Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula akan tiba pada 7 malam bagi menyertai perjumpaan BN Sabah bersama Perdana Menteri.
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor semalam mengumumkan beliau telah menerima sokongan dan akuan bersumpah (SD) daripada 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.
Walau bagaimanapun, Bung Moktar menyifatkan itu bukan pengakhirannya kerana perlumbaan masih belum dapat.
Pertemuan ketua-ketua parti bersama Perdana Menteri malam ini akan menjadi penentu untuk menamatkan kemelut politik Sabah yang telah memasuki hari keempat ini
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor semalam mengumumkan beliau telah menerima sokongan dan akuan bersumpah (SD) daripada 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.
Walau bagaimanapun, Bung Moktar menyifatkan itu bukan pengakhirannya kerana perlumbaan masih belum dapat.
Pertemuan ketua-ketua parti bersama Perdana Menteri malam ini akan menjadi penentu untuk menamatkan kemelut politik Sabah yang telah memasuki hari keempat ini.
Ends.. –UTUSAN