Kelindan lori meninggal dunia treler terbabas, terbalik - Utusan Malaysia

Kelindan lori meninggal dunia treler terbabas, terbalik

TRELER yang terbalik akibat terbabas lalu melanggar penghadang konkrit di selekoh menyebabkan seorang kelindan meninggal dunia dalam kemalangan di kilometer 43, Lebuhraya Karak menghala ke Bentong dekat Bukit Tinggi di Bentong, Pahang. - FOTO/IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Seorang kelindan lori treler meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bentong setelah terlibat kemalangan di Kilometer 43 Lebuhraya Karak menghala ke Bentong dekat Bukit Tinggi di sini.

Dalam kejadian pada pukul 4.20 petang semalam, mangsa yang juga warga emas, V. Shunmugam, 69, yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan tangan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bentong.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah lori treler yang terbabas semasa menuruni bukit.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila lori treler yang dinaiki mangsa bersama pemandu berusia 59 tahun mengalami kegagalan brek semasa menuruni bukit di Bukit Tinggi.

“Kenderaan itu kemudiannya terbabas lalu melanggar penghadang konkrit di selekoh kawasan kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, akibat kemalangan tersebut, pemandu treler patah tangan kiri manakala kelindan yang parah di bahagian kepala dan tangan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bentong.

“Kes kemalangan ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita berharap pemandu kenderaan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan memohon mana-mana pihak yang melihat kejadian ini supaya tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk membantu siasatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya