Kami akan beri pembelaan - Shahidan

Kami akan beri pembelaan – Shahidan

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) memberi gambaran akan merekrut bekas pemimpin yang dipecat daripada partinya dengan menyatakan akan ‘memberi pembelaan’ kepada mereka.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini bersama PN berharap mereka yang terlibat bersabar dengan apa yang berlaku.

“Sebuah parti tidak siuman sedang ghairah pecat orang. Sabar yang kena pecat, kami akan beri pembelaan. Hidup PN,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Shahidan yang dahulunya Ketua UMNO Bahagian Arau tidak dipilih mengekalkan kerusinya bertanding atas tiket parti itu pada  Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Beliau kemudian bertanding atas tiket PN dan mempertahan kerusinya Parlimen berkenaan.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipecat UMNO berikutan pelanggaran disiplin sewaktu PRU-15.

Selain itu, beberapa pemimpin turut digantung selama enam tahun termasuk Ahli parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan;  bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Mohd Sharif dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

AHMAD FAIZAL AZUMU

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melalui ciapannya di laman Twitter memberi kata semangat kepada pemimpin terlibat. 

“Saudaraku, sayap kamu tidak lagi dipotong. Sekarang, kamu boleh terbang dengan lebih tinggi lagi. Semoga Allah berkati perjuangan suci,” ciapnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya