Kadar fi rekalibrasi kekal, tidak berubah

Kadar fi rekalibrasi kekal, tidak berubah

SAIFUDDIN Nasution Ismail ketika hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2023 di KDN Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar fi bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 yang mula dibuka untuk permohonan hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, buat masa ini, kadar bayaran fi rekalibrasi yang ditetapkan kekal dan tidak berubah.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak akan akan mempertimbangkan sebarang perubahan pada fi berkenaan.

“Setakat dimaklumkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), program itu berjalan dengan lancar seperti yang dihasratkan.

“Buat masa ini, kita tidak melihat sebarang lonjakan masalah besar berhubung pelaksanaan program itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 KDN, di sini hari ini.

Katanya, pihaknya dimaklumkan, program sama yang dilancarkan tahun lalu menyumbang RM700 juta kepada pendapatan kerajaan.

Saifuddin berkata, menerusi program itu, majikan juga boleh menjimatkan kos dari segi latihan pekerja kerana sumber pekerja asing itu sudah ada dalam negara.

Sebelum ini, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan supaya menyemak kembali fi rekalibrasi sebanyak RM1,500 yang ditetapkan bagi setiap pekerja yang menyertai program itu.

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 yang dibuka untuk permohonan bermula hari ini sehingga 31 Disember depan itu mengenakan fi rekalibrasi sebanyak RM1,500 bagi setiap pekerja.

Sektor pekerjaan yang terlibat bagi program itu termasuk perkilangan, pembinaan, perlombongan dan kuari, pengawal keselamatan, perkhidmatan, pertanian dan perladangan serta pembantu rumah asing (PRA).

Sebagai contoh, majikan yang memohon untuk mendapatkan PRA dikehendaki membayar sejumlah RM2,095 iaitu jauh lebih murah berbanding mendapatkannya sendiri dari negara sumber.

Bayaran itu termasuk RM1,500 bagi fi rekalibrasi, levi (RM410), Pas Lawatan Kerja Sementara (RM50) dan caj pemprosesan (RM125). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya