JPJ pantau, ronda musim perayaan kawasan kerap kemalangan 

JPJ pantau, ronda musim perayaan hanya kawasan kerap kemalangan 

LOKMAN JAMAAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan atur gerak anggota dan pegawai bagi rondaan serta pemantauan sepanjang musim perayaan ini hanya dilakukan di Kawasan Kerap Kemalangan (KKP).

Pengarah Penguat kuasa Kanannya, Datuk Lokman Jamaan berkata, rondaan dan pemantauan dibuat bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas sekali gus mengelak kesesakan trafik apabila nahas berlaku.

Beliau berkata, keutamaan jabatan ini adalah keselamatan harta dan nyawa akibat kemalangan jalan raya yang dilihat tinggi pada musim perayaan susulan peningkatan mendadak kenderaan di jalan raya. 

“Justeru itu, JPJ turut mengawal selia kelancaran trafik sepanjang Ops Bersepadu melalui Kempen Khas Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina bermula 18 hingga 28 Januari ini,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada artikel Minda Pengarang bertajuk ‘JPJ, Polis, Jangan Ganggu Perjalanan Musim Raya’ diterbitkan Utusan Malaysia bertarikh 19 Januari lalu.

Artikel itu mempersoalkan tindakan penguatkuasaan semasa cuti Tahun Baharu Cina (TBC) yang akan mengganggu perjalanan pengguna jalan raya. 

Lokman berkata, pihaknya ingin menegaskan bahawa advokasi dan literasi penguatkuasaan jabatan ini adalah bertujuan memastikan aspek keselamatan pengguna dan penumpang.

Menurutnya, penguatkuasaan itu dibuat seiring ke arah matlamat mengurangkan kadar kemalangan sekurang-kurangnya 50 peratus menjelang tahun 2030 berdasarkan Resolusi Persidangan 74/299 (31 Ogos 2020) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

“Kami memohon agar pengguna jalan raya berganding bahu memainkan peranan utama demi memastikan keselamatan pemanduan untuk diri dan pengguna jalan raya lain.

“Pematuhan undang-undang dan kerjasama padu daripada semua pihak amat penting dalam memastikan kelancaran dan keselesaan trafik sepanjang musim perayaan ini,” katanya.

Katanya, sepanjang tempoh operasi, JPJ akan memantau dan mengadakan pemeriksaan berkala di 77 buah depoh dan 28 terminal bas utama seluruh negara termasuk menyamar sebagai penumpang bas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya