Jeti runtuh: KPM wajibkan pakai jaket keselamatan

Jeti roboh: KPM wajibkan pakai jaket keselamatan

TANGKAP layar insiden jeti roboh membabitkan murid SK Pababag di Semporna.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mewajibkan pemakaian jaket keselamatan dan keadaan struktur jeti yang selamat digunakan untuk setiap murid dan guru ke sekolah demi memastikan aspek keselamatan ditingkatkan.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, ia susulan insiden jeti roboh di Kampung Papabag, Semporna, Sabah yang melibatkan sekitar 25 orang murid sekolah termasuk murid tabika KEMAS dan dua guru Sekolah Kebangsaan Pulau Papabag pada pukul 6.45 pagi.

Dalam memastikan kejadian seumpanya tidak berulang, KPM akan mengadakan sesi libat urus dengan pemegang taruh serta pihak berkuasa tempatan dalam waktu terdekat untuk membincangkan cadangan penambahbaikan infrastruktur di jeti sedia ada.

“Usaha untuk memberikan bantuan sokongan psikososial terhadap guru dan murid yang menjadi mangsa akan terus digiatkan.

“KPM juga akan memohon pihak kerajaan tempatan untuk menyediakan laluan alternatif yang lebih selamat untuk murid, ibu bapa dan guru ke sekolah,” katanya hari ini.

KPM berkata, laporan awal yang diperoleh dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Semporna mendapati insiden tersebut berlaku semasa murid sedang menaiki jeti di kampung untuk ke sekolah.

Akibat daripada runtuhan tersebut, katanya, dua orang murid cedera ringan, manakala mangsa lain dilaporkan selamat.

“KPM melalui PPD Semporna juga mengambil langkah dengan menyiasat punca kejadian dan menyediakan bantuan segera kepada semua mangsa yang terlibat,” katanya.

Terdahulu, Rakaman video itu tular di media sosial memaparkan murid yang lengkap berpakaian sekolah terjatuh ke dalam laut.

Bagaimanapun, tindakan pantas beberapa guru berjaya menyelamatkan lebih 20 murid Sekolah Kebangsaan Pulau Pababag, Semporna daripada lemas apabila jeti di Kampung Pulau Pababag, runtuh pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya