SEGAMAT: Musim monsun atau tengkujuh yang baru berlalu sering dikaitkan dengan musibah banjir dan arus deras yang meresahkan penduduk terutama golongan nelayan. Walau bagaimanapun, ada hikmah di sebalik berakhirnya fenomena alam itu apabila turut memberikan rezeki kepada nelayan darat di sekitar Sungai Segamat. Udang galah atau lebih dikenali sebagai ‘jenggo’ oleh para pemikat sepit biru ini mula ‘berkampung’ di sungai sekitar daerah ini setiap kali berakhirnya musim tengkujuh. Seorang nelayan, Rosdi Ismail, 59, mengakui terkejut dengan hasil tangkapan udang galah yang luar biasa. “Saya amat terkejut ketika memukat udang baru-baru…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya