Jenazah ibu Menteri Besar Perak selamat dikebumikan di Lenggong - Utusan Malaysia

Jenazah ibu Menteri Besar Perak selamat dikebumikan di Lenggong

SAARANI Mohamad menyiram air di kubur ibunya pada pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raban di Lenggong hari ini. - UTUSAN/SAYED HESHAM IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: Jenazah ibu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Aminah Mohd. Yusuf,  selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raban di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada pukul 11.30 pagi yang dihadiri kira-kira 300 orang termasuk beberapa exco kerajaan negeri.

Allahyarham yang berusia 79 tahun meninggal dunia di kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh pada pukul 11.15 malam tadi akibat sakit tua.

Terdahulu, jenazah dimandi dan dikafankan seterusnya disolatkan kediaman rasmi Menteri Besar di Jalan Raja Dihilir di Ipoh.

Beberapa pemimpin dan ketua jabatan termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri hadir menziarahi jenazah.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Kampung Raban di sini dan sekali lagi disolatkan sebelum dikebumikan.

Allahyarham meninggalkan sembilan anak termasuk Saarani yang merupakan anak sulung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya