Jangan takut suburkan demokrasi UMNO

Jangan takut suburkan demokrasi UMNO

AMIN SHUKOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: UMNO tidak boleh dilihat tertutup dan terlalu dikawal keterbukaan dan ditidakkan penambahbaikannya bagi memulihkan semula kepercayaan rakyat terhadap parti itu.

Ketua Pemuda UMNO Damansara, Amin Shukor berkata, demokrasi perlu lebih disuburkan dan lebih diharmonikan demi meraikan bakat dan kelebihan yang ada.

Beliau berkata, berbeza pandangan tidak semestinya tidak bagus dan berlainan pandangan juga tidak semestinya menongkah arus.

“Bukan sahaja soal pemilihan pelbagai jawatan yang perlu diraikan demokrasinya secara terbuka, tetapi demokrasi meraikan kepelbagaian pandangan juga perlu lebih diharmonikan.

“Jika keterbukaan yang tersusun ini kita mampu terjemahkan secara harmoni, maka nilai tambah UMNO juga akan bertumbuh dengan sendiri secara automatiknya,” katanya dalam kenyataan hari ini yang dipercayai merujuk kepada pemilihan jawatan semua peringkat untuk dipertandingkan.

Amin berkata, parti UMNO adalah sebuah perjuangan, maka seluruh ahli keluarga parti ini perlu teruskan berjuang dan jangan sesekali mengkhianati kepercayan perjuangan.

Jelasnya, keutamaan bukan hanya kepada ahli parti, tetapi juga rakyat yang sentiasa dekat di hati.

“UMNO jangan terlalu berasa selesa dalam kepompong yang terkepung. Perlu sentiasa diingat, di luar sana sentiasa ramai yang suka menilai dan kerap menanam persepsi,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya