Soalan
Ustaz, apakah hukumnya kalau kita terbersin atau menguap semasa menunaikan solat? Apakah sah solat itu?
Jai Hatim
Selangor
Jawapan
Bersin atau menguap tidak membatalkan solat melainkan kita mengeluarkan kata-kata yang membatalkan solat ketika bersin atau menguap contohnya, aduh!
Letak al-quran di tempat atas
Soalan
Ustaz, betulkah kita tidak boleh meletakkan al-quran secara bertindih dengan buku-buku lain di dalam almari?
Rohaya Daud
Arau, Perlis
Jawapan
Secara adabnya disusun al-Quran di atas sekali disusuli dengan kitab sunnah. Sekiranya diletak di bawah kitab-kitab lain ia adalah kurang afdal tetapi tidak menjadi haram.
Tak mengaku isteri
Soalan
Bolehkah jatuh talak jika seorang suami tidak mengaku seseorang itu isterinya kerana malu atau menyembunyikan kepada orang ramai?
Tini Zaki
Maran, Pahang
Jawapan
Keadaan tidak mengaku itu adalah kinayah bukannya sorahah dan ia memerlukan kepada niat talak. Sekiranya tidak ada niat maka tidak jatuh talak kerana ia adalah kinayah.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]