Jalan rata, longkang bersih, tandas ‘BMW’ antara misi KPKT 2023

Jalan rata, longkang bersih, tandas ‘BMW’ antara misi KPKT 2023

NGA Kor Ming (tengah) bersama petugas JBPM pada Majlis Amanat Tahun Baharu YB KPKT 2023, di Putrajaya. - FOTO IHSAN KPKT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia untuk memastikan perkhidmatan terbaik sebagai antara misi utama kepada rakyat pada 2023.

Langkah itu termasuk penyelenggaraan jalan raya agar rata, longkang tidak tersumbat, lampu jalan terang dan tandas awam yang bertaraf Bersih, Menawan, Wangi atau BMW.

Menurut menterinya, Nga Kor Ming, empat perkara asas itu sering menjadi isu utama bagi masyarakat terutama dari segi keselamatan awam dan ketika berlaku bencana banjir kilat.

“Walaupun ini kelihatan asas dan ringkas, tetapi ia sentiasa dekat di hati rakyat kita,” kata beliau semasa berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu YB KPKT 2023, di sini hari ini yang turut dihadiri wakil daripada 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara secara maya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa penyelesaian kepada isu asas tersebut akan menjadi kayu pengukur kecekapan PBT menyampaikan perkhidmatannya kepada rakyat termasuk menggariskan tatacara pengendalian prosedur operasi standard (SOP) yang lebih mudah diikuti dan diaplikasikan tanpa menyusahkan orang awam.

Justeru, beliau memperkenalkan tiga slogan baharu KPKT antaranya #StrongerTogether yang mengukuhkan semangat kerjasama berpasukan untuk memacu kejayaan bersama dan #UnityInDiversity yang menyentuh aspek kepelbagaian sebagai pemangkin penyampaian perkhidmatan dan bukan penghalang untuk lebih cemerlang.

“Slogan ketiga ialah #DemiPertiwi yang membawa kegemilangan khidmat warga KPKT dengan berpaksikan tanah air tercinta,” jelas beliau yang merujuk harapan besar rakyat.

Kor Ming turut mengimbau pengalaman beliau selepas lebih sebulan di kementerian itu hasil tinjauan spontan untuk melihat sendiri tahap penyelenggaraan para petugas PBT.

Berdasarkan lawatan mengejut itu, beliau telah menggesa semua PBT meningkatkan imej 18,000 tandas awam di seluruh negara agar berstatus BMW terutama di lokasi tumpuan.

Beliau juga menubuhkan pasukan tindakan khas bagi diselesaikan 550 projek perumahan ‘sakit’ selain mengisi semua 39 jawatan dalam tribunal tuntutan pembeli rumah dan strata.

Di ibu negara pula, beliau mengarahkan pihak terbabit supaya ada pemantauan masalah sampah secara 24 jam dan mencari penyelesaian kepada 25 lokasi ‘titik panas’ banjir kilat.

Pada masa masa ujarnya, 260 projek pengindahan telah dikenal pasti untuk Kuala Lumpur di samping komited kebajikan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Saya mahu agar garis panduan, dasar, peraturan dan SOP dibuat harus menambah lagi kecekapan dengan menyenangkan serta mengurangkan beban rakyat,” tegas Kor Ming.

Beliau juga menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil JBPM yang terlibat misi tragedi tanah runtuh di Batang Kali dan melancarkan Anugerah Kecemerlangan Menteri 2023 yang berbentuk insentif, akan disampaikan pada hujung tahun ini sebagai menghargai sumbangan warga KPKT bagi meningkatkan imej kementerian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya