Jakim terbit buku khusus budaya adab berbeza pendapat

Jakim terbit buku khusus budaya adab berbeza pendapat

MOHD. Na’im Mokhtar bersalaman dengan tetamu selepas Majlis Perhimpunan Agensi di bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) di Kompleks Islam Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bakal menerbitkan buku khusus mendidik masyarakat berhubung isu perbezaan pandangan dalam kalangan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, cabaran isu perbezaan pendapat yang tidak terkawal melibatkan umat Islam perlu ditangani semua 14 agensi di bawah seliaan beliau.

“Situasi ini sekiranya tidak ditangani dengan hikmah akan dibimbangi menambahkan lagi kekusutan masyarakat yang akhirnya boleh mencetuskan krisis kepercayaan.

“Kita berharap selepas ini akan banyak seminar dan wacana berkaitan tema tersebut agar dapat dikembang dalam pelbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh negara,” katanya ketika berucap menyampaikan amanat bersempena Perhimpunan Agensi Di Bawah Menteri itu di Kompleks Islam, di sini hari ini.

Mohd. Na’im berkata, penerbitan buku dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu selaras usaha beliau untuk menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cakna terhadap permasalahan tersebut, di samping mendidik umat dalam menyelesaikan perbalahan pandangan dengan ilmu dan budaya adab berbeza pendapat menurut Islam.

Mohd. Na’im berharap, buku tema berkenaan akan memastikan perpaduan ummah dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini bakal dapat diperkasakan dengan lebih teguh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya