Isu Menara KL: Dua pengarah bergelar Datuk ditahan reman

Isu Menara KL: Dua pengarah bergelar Datuk ditahan reman

DUA pengarah kanan syarikat bergelar 'Datuk' ditahan reman SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua pengarah kanan syarikat bergelar Datuk direman selama empat hari bermula hari ini hingga Selasa bagi membantu siasatan kes pembelian saham dan isu pengambilalihan pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL).

Perintah tahanan reman terhadap individu berusia 49 dan 59 tahun itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas permohonan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum itu, kedua-dua suspek tiba di Mahkamah Majistret kira-kira pukul 10.40 pagi tadi diiring pegawai SPRM.

Dua individu berkenaan ditahan SPRM semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

Mereka yang ditahan adalah seorang pengarah urusan syarikat yang didakwa terbabit mengambil alih saham Syarikat Menara KL dan ahli perniagaan yang bertindak sebagai ‘orang tengah’.

Sumber memaklumkan, antara habuan didakwa terbabit ialah wang rasuah ratusan ribu ringgit dan seutas jam tangan mewah, dikatakan sebagai hadiah kepada ‘orang atasan’ untuk membantu pengambilalihan itu.

SPRM dilaporkan memulakan siasatan berhubung isu penjualan saham dan pengambilalihan konsesi penyelenggaraan Menara KL daripada syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., milik penuh Telekom Malaysia.

Beberapa saksi termasuk pegawai Kanan Telekom, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta syarikat-syarikat terlibat telah diambil kenyataan bagi membantu siasatan.- UTUSAN

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya