Isu kekurangan guru diatasi sebelum Mac - KPM - Utusan Malaysia

Isu kekurangan guru diatasi sebelum Mac – KPM

FADHLINA Sidek bersama pimpinan setempat menggaul 'yee sang' sempena majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan Serbaguna Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan memberi jaminan isu kekurangan guru di Sarawak akan ditangani sebelum bermulanya sesi persekolahan pada Mac depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, isu berkenaan bukan hanya berlaku di Sarawak, malah situasi sama turut dihadapi di beberapa negeri lain.

“Isu itu (kekurangan guru) saya fikir ada sedikit, bukan kritikal tetapi memang ada isu di Sarawak dan kita tekankan Sarawak kerana itu persiapan kita dalam rangka lawatan saya di sana ketika itu.

“Isu itu dibangkitkan dan ditanya, dan saya jawab ketika dalam rangka lawatan di Sarawak.

“Di negeri lain, kita lihat juga perkara tersebut dan saya fikir dengan adanya persiapan guru kita maka sebelum buka sekolah Mac ini, kita akan atasi mana-mana negeri yang masih ada lagi isu kekurangan guru,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Pusat Khidmat Rakyat Perlimen Nibong Tebal dan Pusat Khidmat Kawasan Dewan Undangan Negeri Jawi di sini, hari ini.

Semalam, Fadhlina memaklumkan, Kementerian Pendidikan (KPM) akan cuba mengisi 50 peratus daripada anggaran jumlah 3,000 kekurangan guru di Sarawak menjelang Mac depan.

Beliau juga yakin, penyelesaian mampu dicapai walaupun dasar nisbah 90:10 guru Sarawak dan guru bukan dari Sarawak masih digunakan di negeri itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya