Ismail Sabri tak hadir Taklimat Presiden

Ismail Sabri tak hadir Taklimat Presiden?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipercayai tidak hadir pada Taklimat Khas Presiden yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 kali ini.

Kelibat bekas Perdana Menteri itu tidak kelihatan dalam taklimat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu yang diadakan secara tertutup di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) petang ini.

Fokus utama taklimat itu adalah bagi memahamkan dan memaklumkan perwakilan yang hadir mengenai Kerajaan Perpaduan dan mengapa UMNO berada dalam Kerajaan Perpaduan.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri tiba di sini sekitar pukul 3.10 petang tadi, bagi memimpin taklimat petang ini.

Beliau diiringi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohammad Hassan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan ketua-ketua sayap parti itu.

Antara pemimpin yang hadir adalah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Khaled Nordin.

Selain itu, antara yang turut dihadiri Tan Sri Noh Omar; Datuk Seri Reezal Merican dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya