Ibu bapa lega terima bantuan awal persekolahan - Utusan Malaysia

Ibu bapa lega terima bantuan awal persekolahan

SITI Nurazlina Jamaludin menemani anaknya pulang dari sekolah setelah selesai menerima agihan Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Indera, Kangar, Perlis.- hari ini. - UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Rata-rata ibu bapa di negeri ini menzahirkan rasa gembira dan berterima kasih kepada kerajaan setelah menerima agihan bantuan awal persekolahan RM150 di sini hari ini.

Menurut Siti Nurazlina Jamaludin, 38, inisiatif kerajaan mewujudkan bantuan itu serta mengagihkan kepada semua ibu bapa tanpa mengira pendapatan keluarga adalah sesuatu yang sangat membantu.

“Agihan berkenaan memberikan satu ruang kepada ibu bapa menarik nafas lega kerana walaupun ada bukan daripada golongan B40, namun pasti ada di antara mereka mempunyai komitmen kewangan yang tinggi.

“Agihan ini juga sangat membantu meringankan tanggungan kewangan dan diharapkan semua ibu bapa menggunakan sepenuhnya bantuan ini menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak pada sesi hadapan,” katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsan (SK) Seri Indera di sini hari ini.

Ibu bapa datang ke sekolah sejak pukul 10 pagi bagi mendapatkan agihan bantuan berkenaan.

IBU bapa hadir ke sekolah untuk menerima agihan Bantuan Awal Persekolahan di Dewan Merdeka, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Indera, Kangar, Perlis hari ini. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

Proses agihan untuk murid-murid tahap dua bermula pada pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari manakala untuk tahap satu dari 12 tengah hari sehingga pukul 1.30 petang.

Sementara itu, seorang lagi ibu, Haryanti Hassan, 38, berkata, bantuan itu banyak membantunya menjimatkan perbelanjaan.

“Agihan untuk semua murid itu dapat digunakan sebagai persiapan awal sekali gus melancarkan persiapan persekolahan sesi baharu Mac depan.

“Tipulah jika tidak terdetik sedikit pun rasa gembira di dalam hati ketika menerima bantuan ini dan saya harap ia dapat diteruskan pada masa hadapan demi meringankan beban rakyat,” jelasnya.

Tambahnya lagi, bantuan ini tiba tepat pada masanya ketika rakyat sedang bergelut dengan kenaikan harga barang keperluan dan ia sepatutnya digunakan sepenuhnya agar pendidikan anak-anak tidak diabaikan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya