PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan menyediakan dua skrin gergasi untuk orang ramai menyaksikan perlawanan membabitkan Malaysia menentang Sepanyol pada aksi penentuan ke suku akhir Hoki Piala Dunia 2023 yang dijadual petang ini.
Dua lokasi skrin gergasi tersebut adalah di Dataran Merdeka Kuala Lumpur dan Pekarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.
Perkara itu dimaklumkan Menterinya, Hannah Yeoh dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
“Untuk memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia, saya akan menyambut hari pertama Tahun Baharu Cina di Dataran Merdeka. Jom!,” katanya. – UTUSAN