KOTA BHARU: Kekurangan bekalan ikan segar menyebabkan harga bahan mentah itu melambung sekali gus memberikan ‘tekanan’ kepada pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah. Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kedai yang menjual bahan mentah itu dan pasar basah mendapati berlaku kenaikan harga sebanyak RM2 bagi setiap kilogram (kg) ikan. Jenis ikan yang mengalami kenaikan ialah selar (RM12 kepada RM14), selayang (RM10 kepada RM12) dan siakap (RM30 kepada RM32). Seorang peniaga, Ahmad Daud,…










