Guna telefon bimbit ketika memandu kesalahan tertinggi - Utusan Malaysia

Guna telefon bimbit ketika memandu kesalahan tertinggi

SEORANG anggota JPJ Pulau Pinang mengeluarkan notis saman kepada seorang pesalah trafik yang dikesan menggunakan telefon bimbit semasa memandu dalam Ops Tahun Baharu Cina (TBC) 2023 yang bermula Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Penggunaan telefon bimbit ketika memandu adalah antara kesalahan utama yang dikesan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang sepanjang Ops Tahun Baharu Cina (TBC) 2023 yang bermula Rabu lalu.

Menurut JPJ negeri dalam kenyataan di sini hari ini, sehingga semalam, sebanyak 18 notis saman dikeluarkan atas kesalahan tersebut yang juga tertinggi setakat ini.

“Kesalahan lain ialah gagal mematuhi lampu isyarat merah iaitu sebanyak 15 notis saman serta memotong barisan atau ‘potong Q’ dengan 13 notis saman yang dikeluarkan.

“Turut dikesan ialah kesalahan tidak memakai topi keledar dan memandu di lorong kecemasan iaitu masing-masing dengan tiga notis saman selain memotong di garisan berkembar dengan satu notis saman,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, JPJ negeri turut menasihatkan para pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan dan undang-undang semasa pemanduan.

Katanya, ia bertujuan mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini serta kemalangan disebabkan kecuaian dan ketidakpatuhan undang-undang jalan raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya