Gerai roti canai popular di George Town diarah tutup dua minggu - Utusan Malaysia

Gerai roti canai popular di George Town diarah tutup dua minggu

TANGKAP layar video tular yang mempersoalkan tahap kebersihan sebuah gerai roti canai popular di George Town, Pulau Pinang yang kemudiannya diarahkan tutup selama 14 hari bermula hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut hari ini mengarahkan sebuah gerai roti canai popular di pusat bandar di sini ditutup selama dua minggu.

Pengerusi Jawatankuasa Agro-Tech dan Keselamatan Makanan, Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata, gerai itu diarahkan tutup susulan tidak menepati piawaian kebersihan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Notis penutupan selama 14 hari ini dikeluarkan BKKM Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut di sini yang memeriksa premis berkenaan kira-kira pukul 10 pagi tadi.

”Arahan penutupan ini dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983, pemilik gerai juga perlu melakukan kerja-kerja pembersihan dan gerai ini turut dikenakan kompaun RM500,” katanya ketika dihubungi di sini ini.

Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai gerai roti canai popular berkenaan yang dikatakan mengabaikan kebersihan ketika menyediakan roti canai untuk para pelanggan.

Pelanggan yang memuat naik video berkenaan mempersoalkan kebersihan di gerai itu selepas mendapati telur-telur yang digunakan di gerai itu telah pecah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya