Genap empat tahun Al-Sultan Abdullah jadi Agong

Genap empat tahun Al-Sultan Abdullah jadi Agong

- FB ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyambut ulang tahun keempat Seri Paduka memegang jawatan Ketua Negara.

Dalam satu kenyataan, Istana Negara menjelaskan, Al-Sultan Abdullah telah melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 dalam satu istiadat penuh gilang gemilang di Istana Negara pada 31 Januari 2019.

“Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan inayah-Nya, Seri Paduka pada hari ini genap empat tahun bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan sebagai Ketua Negara.

“Setinggi-tinggi kesyukuran juga dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana rakyat dan negara sentiasa dirahmati nikmat keamanan dan keharmonian meskipun sepanjang tempoh empat tahun ini, negara dan rakyat telah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan,” kata kenyataan itu yang disiarkan di Facebook.

Pada masa sama, Istana Negara menyeru semua pihak mendoakan agar Allah SWT terus menganugerahkan Seri Paduka keafiatan, kebijaksanaan dan keberkatan bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan.

“Semoga Malaysia, di bawah naungan dan pemerintahan Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Negara, sentiasa dilindungi dan diberkati Allah SWT,” kata kenyataan tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya