Fokus formula kemenangan, bukan isu logo parti - Amirudin - Utusan Malaysia

Fokus formula kemenangan, bukan isu logo parti – Amirudin

Logo parti
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) Selangor hanya memfokuskan formula kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) berbanding isu mengekalkan logo parti politik.

Pengerusinya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya akan melakukan perbincangan terperinci terutama berkaitan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

Jelas beliau, PH sememangnya bersikap terbuka termasuk melibatkan penggunaan logo parti masing-masing.

“Isu itu (kekal logo) hanya benda kecil kerana apa yang penting adalah formula kemenangan kita. Ia meliputi data dan angka yang menuju ke arah itu namun bukannya bersifat sentimental,” katanya selepas merasmikan Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (Anis) di Seksyen 7 di sini, hari ini.

Semalam, UMNO memberi bayangan akan bertanding bersama PH dalam enam PRN akan datang namun memilih untuk kekal menggunakan logo BN selepas perkara itu disentuh presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi Taklimat Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU), semalam.

Ahmad Zahid turut menekankan kepentingan ahli dan pimpinan parti mengekalkan perpaduan dan solidariti untuk memastikan UMNO dapat bersedia sepenuhnya bagi menghadapi PRN kelak.

Selain Selangor, PRN itu bakal melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Dalam pada itu, tambah Amirudin, pihaknya memuktamadkan keputusan termasuk berkaitan pembahagian kerusi.

“Kalau kita sudah putuskan nanti, baru kita bincang dengan lebih terperinci mengenainya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya