Duan Naga Boro tiada kaitan dengan Pok Ya Cong Codei - Utusan Malaysia

Duan Naga Boro tiada kaitan dengan Pok Ya Cong Codei

SABRI Yunus (tiga dari kanan) bersama barisan pelakon filem Duan Nago Boro selepas pratonton di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Kelantan, Tanjong Chat, Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sutradara kelahiran Kelantan, Sabri Yunus menegaskan bahawa filem Duan Nago Boro tidak mempunyai kaitan dengan drama bersiri Pok Ya Cong Codei.

Sabri berkata berkata, kedua-dua karya itu membawa genre berbeza untuk dipersembahkan kepada para penonton.

“Duan Nago Boro bukan gangster. Dia tidak mempunyai latar belakang gangster. Saya nak cerita pasal maruah sebenarnya, termasuk orang berbalah bukan bermakna dia jahat sebaliknya kerana mempertahankan maruah.

“Pok Ya adalah gangster tua yang menghampiri usia senja dalam penghidupannya. Duan pula anak muda yang melalui penghidupan dalam persekitaran seni makyong dan perbalahan,” katanya pada sidang akhbar selepas pratonton Duan Nago Boro di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Kelantan, Tanjong Chat di sini semalam.

Sabri memberitahu, Duan Nago Boro membawa penceritaan mengenai perjuangan untuk maruah dan mempertahankan seni kebudayaan warisan yang sangat disayangi.

Katanya, beliau mahu membawa mesej bahawa seni makyong tidak boleh lagi dianggap sebagai hak rakyat Kelantan sahaja tetapi harus dikongsi dengan kaum lain dan dibawa ke peringkat global.

“Hal ini penting untuk diketengahkan kerana ia turut berkaitan dengan aspek jati diri sebagai rakyat Malaysia dan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini.

“Tambahan pula terdapat banyak rungutan mengatakan kaum lain tidak boleh bertutur Bahasa Melayu dengan baik walaupun sudah berpuluh tahun tinggal di negara ini.

“Ia sebenarnya disebabkan mereka tidak terlibat langsung dalam seni kebudayaan Melayu. Jika melibatkan diri mereka bukan hanya boleh fasih berbahasa Melayu, bahkan boleh mempersembahkan seni kebudayaan Melayu, malah mencintainya,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya