Dua kakitangan Media Mulia terima sijil penghargaan Bomba 

Dua kakitangan Media Mulia terima sijil penghargaan Bomba 

AHMAD Fadhlullah Adnan mewakili Utusan Malaysia menerima sijil penghargaan daripada JBPM. UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua kakitangan Media Mulia Sdn. Bhd., Muhamad Iqbal Rosli dan Ahmad Fadhlullah Adnan, antara 15 pengamal media yang menerima sijil penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ia disempurnakan Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid dalam Majlis Perbarisan Tahunan 2023 di Ibu Pejabat JBPM, di sini.

Langkah itu bagi menghargai mereka yang membuat liputan semasa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting, Disember lepas. 

Ia dalam masa sama bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti pengamal media yang meningkatkan imej jabatan itu dalam penyampaian perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang berimpak tinggi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya