Dua dituduh kemuka tuntutan palsu Penjana Kerjaya  - Utusan Malaysia

Dua dituduh kemuka tuntutan palsu Penjana Kerjaya 

Tuntutan palsu
MUHAMMAD Alif Abdul Rashid (gambar kiri) dan Muhammad Asyraf Omar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu melalui insentif Penjana Kerjaya kepada Perkeso, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua ahli perniagaan mengaku tidak bersalah selepas dituduh atas tujuh pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu insenstif Penjana Kerjaya berjumlah RM756,980 kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Tertuduh, Muhammad Alif Abdul Rashid dan Muhammad Asyraf Omar masing-masing dengan enam dan satu pertuduhan membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim, Rozilah Salleh selepas kertasnya dibacakan terhadap mereka.

Dalam prosiding tersebut, enam pertuduhan terhadap Muhammad Alif, 36, iaitu menipu dua orang pegawai Perkeso bagi mendapatkan insentif sama berjumlah RM714,800 untuk kononya untuk membayar gaji pekerja.

Tertuduh didapati telah mengemukakan pernyataan palsu pada ruangan Nama Pekerja Baharu pada borang sama dan membuat kesalahan tersebut pada 12 Jun dan 14 September 2021 di Pejabat Perkeso Rawang.

Sementara Muhammad Asyraf, 30, pula dituduh menipu seorang pegawai Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi mendapatkan insentif tersebut yang berjumlah RM42,800 kononya untuk digunakan membayar gaji pekerjanya.

Dia didakwa mengemukakan pernyataan palsu pada ruangan Nama Pekerja Baharu di dalam Borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja dan kesalahan itu dilakukan pada 22 Mac 2021 di Wisma Perkeso, Petaling Jaya.

Justeru, kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 24(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda daripada jumlah butir matan.

Pegawai Pendakwa SPRM, Muaz Ahmad Khairuddin kemudian menawarkan jaminan kepada tertuduh serta mengenakan syarat tambahan yang perlu dipatuhi sehingga selesai perbicaraan.

Hakim kemudian membenarkan Muhammad Alif dan Muhammad Asyraf diikat jamin masing-masing sebanyak RM50,000 dan RM5,000 dan mematuhi syarat tambahan.

Dalam masa sama, Rozilah turut menetapkan sebutan semula kes pada tarikh berbeza untuk kedua-dua tertuduh iaitu Muhammad Alif pada 13 Februari dan Muhammad Asyraf 23 Februari depan.

Kes dikendalikan Muaz Ahmad dan hanya Muhammad Alif diwakili peguam, Ahmad Naqib Azhar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya