Dua beradik rentung dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Dua beradik rentung dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Dua beradik ditemukan rentung selepas rumah kanak-kanak berkenaan terbakar di Jalan Simpang Tiga, Kampung Tanggut, dekat sini hari ini.

Mayat Muhammad Al Qayum Muhammad Faizan, 7, dan kakaknya, Nur Syaza Alfisya, 10, ditemukan di bilik utama rumah mereka selepas bomba memadamkan api kira-kira pukul 4.43 pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, dua beradik berkenaan tinggal bersendirian dan sedang tidur.

Kata beliau, ibu bapa kanak-kanak berkenaan dikatakan keluar dan pintu gril terkunci.

“Mayat kedua-dua kanak berkenaan ditemukan berhampiran katil mereka berkemungkinan cuba menyelamatkan diri tetapi gagal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Norazam berkata, pasukan bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 3.54 pagi sebelum dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Gombak dan Rawanh tiba di lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan rumah teres kelas A  70 peratus.

“Setakat ini, operasi masih diteruskan bagi kerja-kerja overhaul,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya