Dua beradik maut kereta terbabas dalam parit depan balai bomba - Utusan Malaysia

Dua beradik maut kereta terbabas dalam parit depan balai bomba

KEADAAN kereta mangsa yang remuk setelah terbabas masuk ke dalam parit di Jalan Chemor-Jelapang berhadapan BBP Meru Raya di Ipoh hari ini. - UTUSAN/JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dua beradik maut setelah kereta dinaiki terbabas masuk ke dalam parit di Jalan Chemor-Jelapang berhadapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya di sini hari ini.

Mangsa yang terkorban merupakan pemandu kereta jenis Honda Accord, R. Dhaarnish, 29, dan adik lelakinya, Shaamalen, 21.

Ketua Operasi BBP Meru Raya, Kosaidi Mohd. Saad berkata, maklumat nahas itu diterima pukul 5.19 pagi membabitkan sebuah kereta yang terbabas masuk ke dalam parit.

Katanya, pemeriksaan anggota di lokasi kejadian mendapati terdapat dua mangsa tersepit dalam kenderaan berkenaan dan tidak sedarkan diri.

“Operasi segera dijalankan bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa. Mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 7.44 pagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya