KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba pada pukul 10.13 malam di pekarangan sebuah hotel terkemuka di sini bagi mengadakan pertemuan bersama pemimpin utama Sabah.
Anwar bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) Sabah.
Perdana Menteri akan bertemu dengan Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS serta Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bagi menyelesaikan kemelut politik Sabah yang sedang berlaku di Sabah.
Pada Ahad dan hari ini, Anwar berada di Jakarta dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Indonesia dan bertemu Presiden Joko Widodo. – UTUSAN