Cuti habis, Jalan Klang - Teluk Intan sesak - Utusan Malaysia

Cuti habis, Jalan Klang – Teluk Intan sesak

Jalan sesak
SESAK dari arah Sabak Bernam ke Klang dekat Jalan Klang-Teluk Intan di Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Penduduk di Lembah Klang mula kembali ke rumah masing-masing selepas bercuti panjang sempena sambutan Tahun Baharu Cina menyebabkan lebuh raya dan jalan utama seperti Jalan Klang – Teluk Intan, sesak ketika ini.

Puluhan ribu kenderaan dilihat menggunakan jalan tersebut sebagai alternatif untuk pulang melalui Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dan kesesakan berlaku pada arah Sabak Bernam menuju ke Klang.

Situasi kesesakan itu menjadi topik perbincangan dalam media sosial apabila salah seorang pengguna jalan itu, Azman Mohd. Kamil, 33, berkata, dia mula memasuki jalan tersebut dari Sabak Bernam pukul 10 pagi tadi.

“Lebih dua jam, baru sampai bandar Kuala Selangor. Memang sengaja ikut jalan ini kerana kalau ikut Lebuhraya Plus pun sesak juga,” katanya yang tinggal di Subang Jaya.

Seorang lagi pengguna jalan itu, Nor Amirah Ismail, 39, berkata, dia tiada masalah untuk menghadap kesesakan itu memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia akan melancong ketika musim perayaan.

“Tak boleh hendak marah, sebab situasi seperti ini memang dijangka lebih-lebih lagi pada hujung minggu atau hari terakhir musim cuti. Kalau nak elak kesesakan, sepatutnya mereka sudah pulang ke ibu kota dua hari lalu. 

Macam saya sekeluarga, kami tak ada masalah untuk hadap kesesakan.Lagi pun terdapat banyak tarikan di Jalan Klang – Teluk Intan seperti pemandangan yang cantik, restoran makanan laut dan sebagainya,” ujarnya yang dalam perjalanan ke Petaling Jaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya