PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 360 kes dengan satu kes import.
Jumlah terbabit lebih rendah berbanding kelmarin yang merekodkan sebanyak 420 kes sekali gus diatasi 423 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my hari ini, kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 20,253 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 5,027,457 kes.
Bagi kes positif baharu, Selangor menjadi negeri tertinggi dengan mencatatkan kes tiga angka iaitu 109 kes.
Negeri yang mencatat bawah 100 kes pula ialah Kuala Lumpur (40), Kedah (32), Sarawak (23), Pulau Pinang (21), Melaka (21), Johor (19), Perak (17), Kelantan (15), Pahang (15), Negeri Sembilan (14), Sabah (10), Putrajaya (11) dan Terengganu (11).
Selain itu, satu lokasi mencatatkan kes satu angka Perlis, dua kes. Hanya Labuan tidak mencatatkan sebarang kes. Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 193 orang berbanding kelmarin, 189 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 30 kes bersamaan jumlah kelmarin, 30 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 16 kes berbanding jumlah kelmarin, sembilan kes.
Selain itu, Malaysia juga merekodkan satu kes kematian Covid-19, berbanding jumlah kelmarin, empat kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,858 kes.
Tiada kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,852 kes. – UTUSAN