'Check-in' hotel, sebelum bawa kekasih jumpa keluarga

‘Check-in’ hotel, sebelum bawa kekasih jumpa keluarga

SEORANG peniaga burger ditangkap khalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Rembia, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang lelaki memberikan alasan ingin berehat sebentar bersama bakal isterinya di sebuah hotel di Rembia di sini, sebelum memperkenalkan kekasihnya itu kepada keluarga bagi membincangkan hal perkahwinan.

Bagaimanapun, alasan peniaga burger berkenaan tidak dapat menyelamatkan mereka daripada ditahan sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira pukul 3.20 pagi tadi.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pasangan tersebut merupakan antara 12 individu berusia 21 hingga 56 tahun yang ‘ditangkap basah’ dalam Operasi Ambang Tahun Baharu 2023.

Beliau berkata, pasangan itu yang masing-masing berumur 24 dan 21 tahun dicekup selepas gagal membuktikan hubungan suami isteri yang sah.

“Antara dicekup adalah pasangan muda iaitu seorang peniaga burger bersama pembantunya yang mendakwa kononnya mereka dalam proses mendapatkan restu keluarga untuk mendirikan rumah tangga.

“Kita juga menahan sepasang kekasih berusia 56 dan 40 tahun yang merupakan suami dan isteri orang.

“Kesemua yang ditahan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 53 (1) dan Seksyen (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991,” katanya kepada pemberita selepas selesai operasi kira-kira pukul 5 pagi.

Tambah Che Sukri, pasangan suami dan isteri orang itu mengakui telah mempunyai lima serta tiga anak.

Katanya, kesemua ditahan dibawa ke Pejabat JAIM di Bukit Palah untuk siasatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya