Che Adam lakar sejarah rakyat Malaysia pertama derma darah tahun 2023 - Utusan Malaysia

Che Adam lakar sejarah rakyat Malaysia pertama derma darah tahun 2023

DR. Muhaimin Kambali (kiri) bersama Che Adam A. Rahman (tengah) yang menjadi rakyat pertama Malaysia menderma darah tahun 2023 di Hospital di Unit Tabung Darah HSNZ, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA TERENGGANU : Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman hari ini melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama yang menderma darah pada tahun 2023.

Che Adam menderma darah tepat pada pukul 8 pagi di Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Beliau yang sudah 88 kali menderma darah sejak berusia 21 tahun telah mendaftar secara atas talian dalam ‘Blood Bank Information System’ (BBIS) pada pukul 12.05 tengah malam tadi.

Menurutnya, menjadi rakyat Malaysia pertama menderma darah untuk tahun 2023 adalah antara azamnya dan beliau bersyukur ia tercapai hari ini.

“Ini juga sebahagian inisiatif saya untuk menyokong promosi dan kempen menderma darah Kementerian Kesihatan Malaysia agar rakyat negara ini menjadikannya sebagai rutin amalan mereka.

“Semoga usaha kecil ini dapat membantu Unit Tabung Darah HSNZ memperbanyakkan stok bekalan darah untuk membantu ramai pesakit yang memerlukan seperti mereka yang kemalangan, talasemia, anemia dan wanita yang tumpah darah selepas bersalin,” katanya.

Rekod Che Adam sebagai rakyat Malaysia pertama yang menderma darah untuk tahun 2023 itu disahkan oleh Ketua Unit Transfusi Darah HSNZ, Dr. Muhaimin Kambali setelah membuat semakan di sistem BBIS yang mempunyai data dari seluruh negara.

Che Adam berkata, beliau juga berasa lebih sihat dan gembira kerana dapat menyumbang darah dengan lebih kerap iaitu sekali dalam tempoh tiga bulan.

“Derma tidak semestinya dari segi kewangan sahaja, kita boleh salurkan sumbangan mengikut kemampuan yang ada.

“Walaupun sudah 88 kali menderma darah, tahap kesihatan saya kekal di tahap terbaik dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan senaman yang teratur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya