Cadangan naik kadar baharu bantuan makanan prasekolah

Cadangan naik kadar baharu bantuan makanan prasekolah

FADHLINA Sidek ketika Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KPM di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang menaikkan kadar Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) kepada RM2.50 di Semenanjung dan RM2.75 bagi Sabah serta Sarawak.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ketika ini, BMP berkenaan ditetapkan pada kadar RM2.00 di Semenanjung dan RM2.25 di Sabah serta Sarawak.

Beliau berkata, cadangan kenaikan itu sudah dikemukakan untuk pertimbangan dalam pembentangan Bajet 2023, bulan depan.

“Kami akan perjuang untuk kenaikan kadar BMP itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KPM di sini, hari ini

Katanya, kadar BMP sedia ada secara tidak langsung menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah tidak mendapat makanan dan nutrisi yang tepat untuk pembesaran mereka.

Sementara itu, Fadhlina ketika dalam ucapannya berkata, sebanyak 118 kelas prasekolah akan dibuka Mac ini di seluruh negara dengan infrastruktur, guru dan enrolmen murid.

“Dari segi perincian akan dimaklumkan kemudian. Tambahan kelas prasekolah itu kali ini adalah luar biasa (paling banyak),” katanya.

Katanya, pihaknya akan terus memastikan pendidikan prasekolah diberikan perhatian khusus dan perlu diperkasa.

Fadhlina berkata, KPM juga akan meneliti dan meningkatkan enrolmen murid, kualiti guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) di prasekolah selain komited menambah bilangan kelas pra sekolah setiap tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya