Bomba sasar beli 12 ekor anjing K9

Bomba sasar beli 12 ekor anjing K9

MOHAMMAD Hamdan Wahid pada Majlis Perbarisan Tahunan 2023 di Ibu Pejabat JBPM, di Putrajaya. UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan untuk membeli 12 ekor unit anjing pengesan (K9) dalam usaha memperluaskan lagi operasi tersebut sehingga ke utara tanah air, sekiranya mendapat kelulusan kerajaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, angka itu merupakan indikator yang diberikan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri.

Justeru, beliau berharap, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mempertimbangkan perkara itu memalui peruntukan dalam Bajet 2023 nanti yang dijangka dibentangkan bulan hadapan.

“K9 merupakan (unit) disiplin khas, mereka bukan kumpulan biasa. (Perbelanjaan) seekor sekali dengan pakej latihan memakan belanja tinggi hampir RM400,000 hingga RM500,000.

“Jadi kita juga kena berhemah kerana kerajaan yang ada dalam keadaan kekangan kewangan. Dalam masa sama, orang utara bertanya kenapa ada K9 hanya Kuala Lumpur, Lembah Klang dan selatan.

“Jadi anjing kalau berlari ke utara mungkin lambat sikit, jadi kena fikir adakah perlu mahu kembangkan operasi ke sana,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JBPM, di sini selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tahunan JBPM 2023 hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya